selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam. buat hari raya korban kali ini, belum rezeki lagi untuk kami menjalankan ibadah korban, insyaAllah tahun depan mungkin.
aku bukanlah ulama mahupun ustaz. tetapi, aku ingin berkongsi mengenai aidiladha ini. ianya bukanlah sekadar mengorbankan lembu mahupun kambing. kita juga boleh korbankan segala perangai buruk kita, korbankan harta kita (sedekah) kepada sanak saudara ataupun mereka-mereka yang memerlukan. korban rasa marah, dendam kita. ya. ini bukanlah despesifikasikan pada sesiapa, tetapi juga sebagai pedoman buat diri aku.
sempena aidiladha kali ini. terlalu banyak yang berlaku. aku dan sahabat aku, semakin rapat. aku selalu berperasangka terhadap dia sedangkan dia sentiasa sayang pada aku unconditionally. buat kekasih hati, hippo, tahun ini, pelbagai perkara berlaku pada kita sehingga hubungan kita hampir menjadi korban. berkat kesabaran awak, kematangan awak, kita dapat menempuh waktu-waktu gentir itu.
seperti yang sedia tahu. tuhan itu Maha Adil, dan tiada manusia yang sempurna. sebagus-bagus seseorang itu pasti ada kurangnya, sekaya-kaya seseorang itu ada miskinnya. sekaya-kaya orang, ada kedekutnya walaupun pada keluarga sendiri. bukanlah kedekut mungkin, tetapi berjimat.
walaupun begitu, aku paling tidak boleh terima seorang lelaki yang kurang ajar tutur bahasanya. memaki seorang perempuan, mahupun melempar ayat-ayat yang mengguris hati. aku cukup geram jika seorang kekasih itu melempar ayat makian pada buah hatinya, apatah lagi seorang suami melemparkan ayat-ayat yang mampu menoreh hati isteri sedalam-dalamnya.
bukankah dahulunya sangat mencintai, mengapa sekarang ayat-ayat begitu yang engkau beri?
ahh. dunia.
kalau si cantik yang mencuri. tidak mengapa, keluarganya susah. sebab itu demikian.
jika si jelik.
" ei!!! dah lah hodoh! mencuri pulak tu!! "
yang cantik itu. semuanya baik.
namun, apa yang dilihat, tidaklah seperti apa yang tersirat.
tetapi, masih bukan alasan untuk kita membenci tanpa sempat mengenali.
sesorang itu mungkin cantik, pandai, bersopan-santun. tetapi, mungkin juga dia sangat pentingkan diri, menggunakan rakannya untuk kepentingan, dan kedekut ilmu.
seseorang itu mungkin hodoh, muka berjerawat, dan bermulut busuk. tetapi, dia seorang yang sangat setia kawan, sanggup membantu mereka yang kesusahan dan tidak lepas hari-harinya tanpa solat taubat.
seperti kata-kata dont judge a book by its cover
seperti itulah kita sepatutnya tidak menilai seseorang itu hanya berdasarkan luarannya. berilah peluang pada diri sendiri utamanya untuk menjalinkan persahabatan. mana tahu, dialah sahabat yang kita cari selama ini.
0 pandangan:
Post a Comment