21 November 2009

adik.

Malam.
Adik aku sekarang ni dah macam tong sampah agaknya. Asik makan aje setiap masa, dan bila sampai malam je dia macam hantu makan yang tak boleh nak stop makan. Of course takkan kitorang nak biarkan dia jadi gemok? haha. Dia akan makan senyap2 kokocrunch dengan kitorang tadi sebelum dia masuk tidur. haha. Adik memang sangat manja dan sangat suka di belai. Bile dah start main-main rambut dia mula dia ngantok nak tidur. haha. Kelakarlah adik ni.

Kitorang adik-beradik akan tetiba je lepak-lepak kat mana sudut di rumah ni macam kat ruang tamu ke, ruang makan ke then kitorang akan berborak gelak-gelak. Biasanya bahan-membahan antara satu sama lain. Walaupun nampak macam tak appropriate tapi ianya sangat menyeronokkan dan itu adalah beberapa quality time yang aku dapat sepanjang di rumah ini dan what? Baru je seminggu je cuti. haha.
Aku kene menikmati sepuas puasnya cuti kali ini coz cuti sem depan aku dah start aku punya intern. Hmm. Kakak sepupu aku tak bagi lagi email list nama syarikat area seremban ni. hmm. Macam mana ini. Aku dah kene start buat resume aku.
Aku punya resume tak cantik mana la. Aku punya SPM 5A je. Pastu aku punye result matrik bese2 je. Dan apatah lagi aku punya result study sekarang. Aku baru je faham cara nak struggle blaja d universiti ni. Dan result aku hanya bagus start dari sem lepas. Aku dapat 3.36. Aku rasa itulah pencapaian terbaik aku sepanjang aku di UPM. Walaupun sem tu aku dapat 3 pointer, tapi aku punye cgpa hanya 2.88. Aku kene dapat lagi lebih dr 3.4 sem ini untuk menaikkan aku punya cgpa. Aku kalu boleh nak sambung master kerana aku sedar bagi seorang perempuan dalam bidang engineering macam susah je nak kerja nanti. Aku harap dengan master ada syarikat yang akan terima aku bekerja. hehe.
Macam mana sekarang?
Aku rasa aku kene start buat resume aku.
Nyte. Wassalam.

0 pandangan:

Post a Comment