16 January 2010
although there is everybody, but still there are nobody
walaupun setiap hari aku keluar dengan dia. setiap malam aku aku tamatkan dengan makan malam dengan dia, tapi hari ini aku masih rasa aku tidak punya dia.
walaupun aku setiap hari merindui adik-adik aku, mak ayah aku. dan setiap kali aku teringat yang aku jadi yang terakhir untuk semuanya sekali lagi aku merasa aku tidak punya siapa-siapa.
dan.
ini sebabnya aku sendiri. hati aku sendiri. dan hakikatnya yang memang telah lama aku sedari, aku sendiri. walau cuti-cuti aku dihabiskan bersama mereka, walau hari-hari aku di sini aku habiskan bersama dia, luluh untuk menyatakan yang aku sendiri. seorang diri.
aku sedih. tapi, siapa saja yang faham. dulu aku bicara sama dinding, bantal, richie (diari aku).
sekarang, dinding hanya simen konkrit. bantal telah dibuang dan richie, telah lama aku tinggalkan sejak ikhwan.
dan setiap kali aku teringat setiap satu darinya
aku menangis lagi.
aku pathetic!
12 December 2009
tamak.
tapi.
sepertinya aku inginkan sebuah kehidupan bahagia dengan dia yang aku cintai, sayangi sepenuh jiwa ragaku.
dia
yang aku panggil ' cinta '
mungkin macam terlalu awal untuk aku merasai cinta sebenar. mungkin aku ini, hanya setahun jagung di dunia sebenar yang kejam ini. tetapi, sekejam kejamnya dunia, aku ditakdirkan berjumpa dengan dia. syukur.
dia yang pada awalnya aku benci sepenuh hati. dia yang sentiasa penuhi hari-harinya dengan menengkelkan aku. dia yang bagi aku, halimunan. bagi aku bukan siapa-siapa.
dia.
yang kemudiannya menjadi kawan baik aku. sentiasa membantu aku. sentiasa menemani aku di mana saja aku berada.sentiasa di sebelah aku, menghiburkan aku di masa kelas yang kebosanan.
ya. aku jatuh cinta pada masa itu.
asyiknya aku bila lelaki itu sentiasa menjaga aku. membuat aku lupa akan kesedihan aku ditinggalkan jauh oleh orang demi mengejar cita-cita.
aku jahat. aku tahu. tapi, itu adalah perkara terakhir yang aku ingin buat. tak apa. aku tahu. aku faham. dia faham. kamu tak perlu.
aku tahu jodoh pertemuan di tangan tuhan. tak salah untuk meminta pada pencipta. aku minta lagi, setiap hari, aku minta.
aku tamak.
27 November 2009
sampah.
Look to be treated by others
as you have treated others.
Publius Syrus
aku buta kerana tidak melihat keikhlasan kamu.
aku bodoh kerana tidak mengerti kamu.
belasan umur perkenalan kita kelihatannya tidak cukup bagi aku untuk sebetulnya mengenal setiap perihal kamu, setiap laga kamu, setiap apa yang kamu tuturkan. maafkan aku sahabat. maafkan aku. maafkan aku sangat-sangat.
aku pentingkan diri, aku bodoh, aku sombong. aku terlampau ikutkan perasaan gelojoh aku sehingga melupakan kesemua masa-masa susah senang bersama kita. masa-masa di mana kita akan bergelak ketawa sehingga sakit perut hanya kerana kau tersilap cakap.
aku yang talam dua muka. aku..
aku...
**haish**
aku sememangnya layak diperlakukan seperti sampah oleh orang. seperti mereka aku merasakan aku manusia sampah.
23 November 2009
hina.aku
Aku terlalu jahil untuk menghargai segala yang di sekeliling.
Aku punya kawan. Kawan yang terbaik yang pernah aku ada. Tapi aku terlalu sombong untuk setiap hari menghantar pesanan walau seucapan khabar padanya. Hidupnya kelihatan lebih baik tanpa aku yang menganggu. Yang gemok lagi hodoh dan tidak setanding dengan dunia masa kini. Rasa rendah diri mengasingkan aku dari dunia mereka. Usia seperti aku harusnya aku berseronok di luar sana. Merasakan semua pancaroba dunia yang semangnya kejam dan penuh cabaran yang bagi aku excitement.
Andaikata kamu terasa sendiri adalah kerana kamu memilih untuk mengasingkan diri
Ya.Aku rasa begitu. Aku sendiri. Aku terasa sendiri di malam yang sejuk dek hujan di petang hari. Aku berpegang pada kata-kata. Yang aku sebenarnya mengasingkan diri aku. Aku memilih untuk di sini, di dalam rumah di bawah naungan mak ayah aku. Bukan selalu aku pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama mereka, bersama adik-adik. Ini antara masa yang aku rasa bahagia. Yang aku rasa tenang.
Ahh! Peduli kamu kawan. Kenapa aku harus melepaskan masa bersama keluargaku hanya kerana kau yang bosan. Di mata aku, kau tidak pernah reti menghargai. Kau hanya pandang setelah mereka pergi. Kau hargai mereka yang baru datang, yang menemani kau di saat awal2 ini. Mana letaknya aku? aku yang kau canang sahabat kamu?
*diam
Aku tamak bukan? Terang lagi bersuluh aku mahu dihargai kau lebih dari mereka yang baru itu. Tapi apa jasa aku? Membiarkan engkau sendiri mengharungi hari-hari susah tatkala engkau sangat memerlukan aku memahami hati kau. Aku buta kawan. Buta. Tidak nampak. Hati aku gelap. Kaki aku tidak ingin bergerak masuk ke dalam kasut kau dan merasai peritnya di tempat kau. Aku hanya diam di sebelah kau. Menyusun seribu kata di dalam fikiran. Jika diluahkan pun, tidak mungkin aku faham apa yang kau rasa. Aku rugi di situ.
Sememangnya setelah kehilangan baru kita hendak terngadah. aku tau kau memang anggap aku sahabat baik. sahabat lama yang kau kasihi. tapi begini sikap aku baik bercinta, aku mahu ianya nampak seperti yang kau lakukan buat mereka.
**heh
Tapi aku sedar. Opposite sex always win. Aku selalu saja menjemput kau walaupun mak aku bising minyak keretanya habis. Mak aku bising kerana melihat anaknya seperti digunapakai kau. Tapi, ada aku peduli? Tidak sehabuk hama pun. Kasihnya aku pada kau, lebih dari pada jasad aku.
Ya. Aku tamak. aku mahu lebih dari kau. Sudi kau bagi?
22 November 2009
dinosor.hippo berbeza.
Ahad. Hari yang indah bukan.
Seisi keluarga semuanya berada di rumah lepak-lepak sama-sama. (walaupun tadi mak pergi kenduri kejap). Sambil-sambil itulah aku mesej dengan Hippo. hehe. Kenapa panggil hippo? kerana dia panggil atau lebih tepat ejek aku dinosor kerana aku gemok sangat dan dia juga. haha.
Hubungan aku dengan Hippo bukanlah seperti hubungan yang lepas-lepas. Mungkin terlalu awal untuk menyatakan ini tapi aku rasa dialah the one. The one yang menyempurnakan separuh jiwa aku. Hippo seorang yang sangat simple dalam hidup. Dia bukanlah jenis yang cepat marah dan seorang yang sangat kelakar. Secara jujurnya, dia taklah hensem di mata orang lain, tapi di mata aku, tidak ada lelaki lain lebih hensem dari dia. (walaupun ada masanya aku rasa aaron aziz sangat hensem).
Perangai kebudak-budakan Hippo sangat meluntur jiwa aku. Aku seringkali cair melihat Hippo dengan perangai budak-budaknya itu. Dari marah jadi tak marah. dari merajuk jadi tak merajuk. Dari seronok jadi seperti seronok macam pertama kali jatuh cinta. Aku sendiri tak menyangka yang aku boleh jatuh cinta seperti macam ini. Cinta yang bagi aku rasanya seperti aku menyerahkan seluruh hati aku untuk Hippo.
Senang untuk berkata bagi aku hippo adalah kekasih, kawan baik dan juga bakal suami aku. Aku selalu mengharapkan sebuah hubungan cinta yang seperti kita berkawan baik, kenal hati budi dan perangai tak senonoh yang terkeluar dari badan dan juga benda-benda tak senonoh yang keluar dari badan. Dan, itulah kami. Nak kata benda tak senonoh yang kami buat bersama? Banyak sangat kerana sepanjang sem aku di UPM, aku sememangnya banyak menghabiskan masa dengan hippo. Dan kalau aku tak dengan hippo pun, aku dengan Bell ataupun aku sorang-sorang. Ikut mood akulah nak berada bersama siapa kan?
Kami pernah berlawanan kentut selepas makan. Dan pada awal musim kami bercinta aku selalu menang, tapi it gets worse. Hippo selalu menang pula sekarang dan yang paling dasyat dia suka kentut atas moto di mana aku berada di belakangnya. Tak fair bukan? Asik aku je yang kene.
Tapi orang kata kalau dan sayang, kentut busuk pun bau wangi. Aku bukanlah apa tapi mungkin ada betolnya, kerana aku sedikit pun tidak pernah bau busuk macam loji la bila dia melepaskan serangan gas toksik dia tu. haha. Kami juga ada satu habit ni. Aku bagi situasi k.
Situasi.
Aku kehabisan kredit. Jadi mesej aku tak terhantar lah kat Hippo. Jadi hippo telefon tanya adakah aku mahu dia topupkan? aku kata boleh juga. hehe. Jadi setelah duit masuk, aku hantar balik mesej aku yang tak terhantar tu.
Kemudian, mesej dia bertanyakan sama ada aku dah dapat topup masuk. Dan juga mesej merespon pada mesej aku yang tak terhantar kerana aku kehabisan topup itu tadi.
Jadi. Habit kami ini adalah kami kadang-kadang itu akan mesej 2 mesej sekali dan 2 mesej itu melibatkan 2 emosi yang berlainan. Satu mesej mungkin berkenaan aku mengusik dia atau dia mengusik aku. Lagi satu mesej mengenai betapa kami sangat menghargai antara satu sama lain (mesej romantik la. adoi)
Bila aku fikir-fikirkan balik, ianya sangat menyeronokkan. How often do couples do this kan? Ada je kapel yang malas nak mesej, kerana macam buang masa. Tapi bagi kami, kami seronok melakukan apa saja seorang yang in love akan lakukan.
Sampai di sini. Wassalam.
19 November 2009
Permulaan.Baru.
Aku akan bermula dengan azam baru.
Iaitu mengurangkan mengumpat orang-orang yang aku benci kerana itu hanya memberi mereka pahala dan juga menambah lagi dosa aku yang semangnya tidak terbayang banyaknya bagaimana.
InsyaAllah apa yang aku buat ini akan berjaya. InsyaAllah.
Di masa akan datang aku mungkin akan membaca blog ini dan pengisiannya satu per satu dan semoga aku mengambil iktibar atas apa yang pernah terjadi di dalam hidup aku ini.
Ia sememangnya memang tidak mudah dan tidak pula ianya susah kerana kita memang berjumpa dengan mereka yang akan bersama-sama kita menumpuh semua yang kita lalui dan juga ada mereka-mereka yang menjadi penghalang kita untuk mencapai kepada apa yang kita mahu.
Seseorang pernah berkata kepada aku,
Andaikata kita usaha, insyaAllah kita akn dapat hasilnya.Tetapi andaikata kita mendapatnya. Itu bukanlah rezeki kita.Dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Sampai bila-bila aku akan ingat pesan sahabatku.Yang juga merupakan pencetus semangat aku di kala aku malas hendak belajar.Dia juga yang merupakan seseorang yang mengembalikan aku ke dunia yang nyata.
Dunia yang dimana kita sebagai khalifah di muka ini deberikan tanggungjawab yang tersendiri..Dia seseorang yang aku terhutang budi sampai mati.Seorang yang amat bermakna dalam hidup aku.Kerana sampai suatu ketika bagi aku jika hanya ada baili dan Hippo, aku boleh berdiri di bumi upm itu.