kecil-kecil dahulu.
rasa sakit telinga medengar mak, ayah memberi ceramah tanpa henti tentang masa depan. kita kene belajar, kalau dapat keputusan teruk kena marah. ataupun, kalau malas belajar nak senang kahwin je terus.
scary.
masa itu. aku benci keadaan itu. aku marah bila dipaksa belajar. membosankan. benda yang sama setiap masa. huruf-huruf yang berpinar-pinar dimata, malah berpusing-pusing di otak.
pernah suatu ketika aku meletakkan buku di bawah bantal sebelum aku tidur kerana iginkan ilmu itu diserap masuk ke otak tika aku tidur. sungguh tidak relevan dan khayalan semata-mata. ternyata aku sangat malas untuk berusaha membangunkan diri aku yang sememangnya jauh ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan sebilik aku.
hari ini.
aku sangat berterima kasih kepada mak dan ayah aku. sememangnya mereka lebih kenal aku dan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. aku sememangnya seorang anak yang sangat degil oleh itu, hanya dengan memarahi aku barulah kesemuanya bagai masuk di telinga kanan.
setelah aku menjejakkan kaki ke matrikulasi dan juga ke dunia universiti, aku mula menyedari bahawa tanpa ilmu, kita bukan siapa-siapa. ilmu terlalu subjektif. ilmu mampu diperolehi oleh apa jua cara pun. pengalaman juga ilmu. bakat dan latihan bersungguh-sungguh untuk menguasai cara bermain piano juga adalan usaha mencari ilmu.
ini mungkin sangat membosankan. tetapi, ini yang penting.
kalau kau bodoh, tak ada siapa nak dengar cakap kau. entah betul, entah tak. biarlah diam-diam ubi berisi. janganlan bising umpama tin kosong. hanya tahu berbicara namun, tiada aksinya. golongan cakap tak serupa bikin. ah! benci.
tadi. aku berleter pada adik aku yang esok ada spm ekonomi asas jam 8 pagi, tetapi jam 11.30 malam masih sedang mendownload lagu.
tidak ada rasa risaukah di dalam hati dia? aku ni yang risau tengok dia.dia kata itu hanya ekonomi asas. sepertinya ekonomi asas adalah subjek yang tiada apa pentingnya seperti matematik tambahan kerana subjek itu mungkin hanya subjek sampingan seperti subjek bahasa.
tapi, jika subjek itu dapat rendah, sudah tentu mencacatkan keputusan keseluruhan bukan? sememangnya aku sudah tidak faham dengan gelodak jiwa remaja kini.
" kau ni macam mak plak "
memang. aku rasa menjadi tangungjawab aku untuk mengingatkan dia apa yang penting. dia bukan sahaja bermain dengan impian mak ayah aku, tetapi dia mempertaruhkan masa depan dia. jika dia tidak dapat meneruskan ke mana-mana kolej, semestinya ayah akan risau dan berusaha sedaya upaya so that dia ada masa depan. tapi, kelihatannya, dia tidak pernah kisah pun.
ayah tak ada dekat rumah ini, apa mak cakap buat bodoh je. geram pula rasa. setiap kali kita bagi nasihat, hanya kesimpulan negatif saja yang otakk dia mampu tafsir. tidak pernah sesaat pun dia memikirkan yang kami semua sayangkan dia dan ingin dia berjaya dan hidup senang kelak.
baik.
mungkin tak sesenang mana. aku cukup pantang dengan kata-kata " kalau dah itu je tahap yang aku boleh dapat, nak buat macam mana "
masalahnya.
kau dah berusaha bermati-matian kah?
adakah kau memang pengalah? pengecut? hanya menerima diri engkau yang tidak boleh bergerak lebih depan..lebih maju??
kau agungkan gaya perempuan keliling pinggang. metroseksual tak kena keadaan. aku cukup menyampah, naik muak, naik jelik melihat kau membanggakan benda-benda yang aku sudah tahu bagaimana pengakhirannya.
aku kini faham mengapa kawan-kawan kita mencerminkan siapa kita. aku kini faham kenapa mak aku suruh aku berkawan dengan orang yang pandai-pandai. segala apa yang kawan buat, secara tidak langsung kita juga akan mengikut jejak langkah mereka. baik mereka, baik lah kita ini, insyaAllah.
adikku.
aku harap kau sedar yang sebenarnya, dunia ini lebih banyak cabarannya. aku sedar yang engkau sudah biasa hidup senang. kesenangan, bukan datang bagai hujan jatuh ke bumi. semua kejayaan, duit, kesenangan even untuk berasa bahagia harus bermula dengan usaha. terima saja takdir, hanya menjadikan kita manusia yang mundur. kita mesti berusaha sebelum berserah.
akak sayang aqib, sebab tu akak cakap benda-benda yang memang akak tahu kau tak nak dengar. tapi, memang itu hakikatnya. tanpa ilmu, kau cuma sampah.
kasar memang kasar. tapi, itu kasih sayang yang akak nak bagi pada kau.
0 pandangan:
Post a Comment