One who understands much displays a greater simplicity of character than one who understands little.
Alexander Chase
aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada.
ampunkan aku tuhan. ampunkan hambamu yang tidak kenal dek untung. aku mencari dan mencari tanpa henti. peluang yang mendatang yang terang tang tang di depan mata, yang terang lagi disuluhkan, yang disuluh lagi di lampukan.
apa puas bagi aku?
aku menghendakkan yang aku ada. aku lagi berusaha membaik yang sememangnya baik.
perfectionist?bukan. jauh sekali.
ok. rilek rilek. aku cuma bercakap tentang blog. aku memang sudah buat satu di wordpress. tapi memandangkan internet yang makin lama makin lembab tahap kura-kura yang lagi ditambah beban cengkerangnya, aku tunduk dengan keringkasan blogger.
maaf blogger kerana membelakangi kamu.
......................
adiputra telah dijemput menjadi jemputan khas rancangan AC?
seperti dijangka aku, penonton studio bertanyakan soalan kira-kira padanya. kira-kira yang melibatkan nombor-nombor besar yang sekiranya di sekolah budak sebayanya baru saja belajar tempat ratus. baru dikenalkan dengan sa pu ra (sa puluh ratus).
orang sebijak adiputra, yang dianugerahkan akal matematik yang hebat dan tak setanding dengan usianya biarlah ditanya dengan soalan yang lebih bernas dari memberi dia soalan seperti
45000000000074 darab 54000000072
apa relevannya soalan itu?
semangnya dia boleh menjawab. dan temuduga rancangan yang lebih ke arah hiburan tidak berapa seiringan untuk diselitkan intelektual kerana di mata aku kelihatannya seperti sama ada penonton memperbodohkan diri sendiri atau adiputra yang terlampau pandai untuk diperbodohkan dengan soalan-soalan itu.
seorang penonton bertanya tentang soalan di atas tadi. adiputra ada menyebut tentang cara cakerawala, kod binari. siapa tahu? aku pun tak tahu. jadi apa relevannya menjemput dia?
didendangkan dia sebuah sajak tentang dia yang diberi anugerah untuk membawa melayu ke puncak, ke arah kegemilangan yang pernah diwarisi tanah melayu semasa zaman pemerintahan sultan MELAYU melaka, tentang manusia yang suka memperbesarkan hal-hal tersurat dari memahami apa yang tersirat. aku terpegun dengar sajak dia. penuh dengan inspirasi yang menyedarkan semua.
tapi
penonton di dalam sana hanya seronok. seronok melihat seorang budak lelaki lingkungan umur sekolah rendah, yang comel dengan jaket hitamnya.gelak dan ketawa. moga sajaknya menjadi inspirasi yang menonton.moga.

0 pandangan:
Post a Comment