25 November 2009

3 benda jahat.

Work spares us from three evils: boredom, vice, and need.
Voltaire

rumah aku syurga aku. walaupun bersepah. tapi inilah rumah yang telah aku menetap sejak aku berumur 4 tahun. sudah 16 tahun lamanya rumah ini. dari cat putih ke cat hijau ke cat kuning tanah. dari langsir putih, ke langsir biru, ke langsir kuning, ke langsir merun ke langsir ungu, balik ke merun dan akhirnya hijau bosan.

berbelas tahun lamanya pemegang langsir yang setiap kali jatuh kerana langsir berat sangat, atau pun kami bergurau sehingga tertarik langsir, jatuh lagi penegang itu, di skru kembali. akhirnya tahun ini, tahun remaja rumah ini barulah diganti yang baru.

16 tahun. cukup semuanya uzur. dapur yang dibeli semenjak sebelum aku lahir lagi, 20 tahun umurnya pun diganti dengan yang baru. yang lebih mengikut era moden zaman kini.

televisyen dari sebesar almari sehingga senipis 2 keping roti. selama 16 tahun itu jugalah baru sekali pencuri masuk ke rumah ini. itupun kerana kami semua berada di perlis.

berjasanya rumah ini. tersirat kenangan kami adik beradik. bermain di balik langsir, di bawah tangga sehingga terhantuk benjol. bawah tangga. beribu kenangan tersingkap. di situ lah tempat aku berkemah dengan adik adik aku tatkala tiba cuti sekolah.

sofa yang telah rabak juga ditukar. sofa-sofa itulah yang kami adik beradik guna untuk bermain pintar pintas. sebuah rancangan di RTM yang banyak sekali mempengaruhi aktiviti harian kami adik beradik. kami, bukanlah jenis yang bermain di luar rumah. anjing berkeliaran. siapa nak keluar. eee.

almari tv yang dahulunya ada laci. direbut aku adik beradik laci tu. laci tempat menyimpan semua sampah-sampah yang menggembirakan. buku catatan, kain sapu tangan, permainan. seronok pula.

rindunya.

bosan jadi dewasa. bosan dengan masa-masa tak cukup tidur, banyak kerja, dan orang-orang sampah.

oleh itu.
kene juga cari latihan industri dekat dengan rumah. HARUS!!

0 pandangan:

Post a Comment