Showing posts with label ragam. Show all posts
Showing posts with label ragam. Show all posts

06 December 2009

5 disember 2009.

aku keluar bersama my-biatch ke kolelumpo. perjalan yang 98 peratus menggunakan kenderaan awam kecuali perjalanan kami ke ktm seremban dan perjalanan pulang ke rumah semula.

pada awalnya, aku malas nak pergi memandangkan aku ingin berjimat. tetapi bila ramai yang nampaknya menyertai, well, what the heck. ikut saja. mungkin seronok. hehe.

ternyata.

kami berkumpul di ktm dan kemudiannya bergerak terus ke kl sentral. di dalam komuter, kami didatangi dengan seorang perempuan yang kurus dan sebelah matanya aku andaikan tidak dapat melihat. dia sepertinya meminta sedekah pada kami. meminta kami belanjanya makan atau memberinya rm5. kata dia, ' rm5 pun jadilah kak'. kamu hanya kaku di situ. 2 rakan aku hanya buat tak tahu memandangkan dia hanya pandang aku, dan nick.

nick hanya mampu kata yang kami ini cuma pelajar dan tiada duit untuk diberikan padanya. bohong. aku tahu, kami tahu.

' oh. student. ye, tak apa.'

aku juga agak keliru dengan agamanya kerana dari cara dia bercakap, sepertinya dia seorang cina, tetapi dia juga kata insyaAllah. ahh. aku kuatkan hati aku untuk tidak terpedaya dengannya. akhirnya, setelah penjelasan nick, dia pun pergi. mungkin mencari mangsa bantuan seterusnya.

destinasi pertama kami. bukit bintang.
rasyi ingin membeli baju di pavillion. kami pun terus ke kedai yang ingin dituju. wah. baju di sana. memang mahal. tak mampu aku ingin membelinya. cemburu rasanya pada kawan aku yang mendapat duit banyak dari jpa. sangat cemburu. tetapi, mungkin tidak perlu kerana baju-baju di sana, bukanlah taste aku. hehe.

kenapa begitu? harga baju-baju di sana kesemuanya dalam lingkungan harga rm80 ke atas. bagi aku la, sangat mahal untuk harga itu kerana rupanya tidaklah se-gah mana. mungkin kerana jenama harganya begitu. bagi aku, inginkan baju beratus ringgit biarlah nampak seperti beratus ringgit. haha. aku sememangnya bukanlah penggermar barang berjenama. tetapi, aku mahukan sesuatu yang kelihatan cantik di mata walaupun jenamanya cap ayam.selama sejam kami di kedai itu, aku sudah mula menguap kerana terpaksa menunggu rasyi memilih baju yang sesuai yang paling diinginkannya dalam beratus pasang di dalam kedai itu.

kami makan di pizza hut dan singgah sembahyang di surau pavillion.

aku geram dengan pizza hut ini. kau tu bukanlah gerai bodoh-bodoh kat tepi jalan tu. tak boleh ke bagi good food presentation? spegati bolognese dia macam mee spegati, kau gaul-gaulkan dengan sos dia guna tangan. tak sama langsung macam dalam gambar. aku pernah makan di midvalley, foodpresentation dia, memang lebih kurang macam dalam gambar. nasib baik sedap, dan kami memang lapar. kalau tidak, memanglah nak kena dengan aku ni.

kemudian, kami jalan kaki ke pesta komputer di klcc. di sini, dibanjiri dengan lautan manusia yang sepertinya berperang mendapatkan barang yang diingini.

bagi aku.
menakutkan.

mana tak nye. inilah kali pertama aku ke pesta komputer di klcc. aku hanya pernah mendengar bualan orang ramai yang tempatnya akan sangat dipenuhi dengan lautan manusia tetapi aku sungguh sekali tidak menyangka yang ianya sehingga sebegini. haha. booth celcom, digi dan streamyx. kelihatan promoter-promoter mereka mengelilingi booth masing-masing untuk memancing para pembeli untuk membeli broadband talian mereka. ya. kini broadband in. sudah menjadi trend kebanyakannya menggunakan broadband.

aku hanya membeli earphone, pendrive 8g dan 2 hub untuk adik aku dan mak aku. kaki aku semamnya sakit bukan kepalang. aku tidak berdaya hendak berjalan dan aku sangat ingin untuk duduk. tetapi malangnya tiada tempat duduk dan aku terpaksa menunggu kawan-kawan aku membeli belah. rasyi terserempak dengan kawannya, dan kemudiannya dia hilang. aku dengan zati, bersama membeli keperluan kami. zati membeli dvd, external dan juga earphone. rasyi dan nick, aku tidak berapa yakin dia beli apa.

kami bertiga berjumpa dengan rasyi di booth nokia di dalam suria klcc. di sini rupanya dia. haish. cadangnya dia ingin membeli express music, namu tiada stock pula di situ. kami pun terus bergerak ke luar tasik untuk merehatkan kaki yang sememangnya sangat sakit.haa.

kami bergambar di sana. dan rakan rasyi juga turut singgah untuk bertegur sapa dengannya. setelah hilang sakit, kami meneruskan perjalan pulang ke seremban. kami balik naik bus di pasar seni. itulah kali pertama aku menaiki bas dua tingkat. tetapi, rasanya, feelnya sama saja dengan menaiki bas biasa.

walaupun penat, aku tidak dapat melelapkan mata kerana di dalam bas menayangkan cerita 2012. wah. sangat menarik ceritanya tetapi aku tak sempat pun nak tengok sampai habis. dem!!

kami singgah masuk ke terminal one. di sini, rasyi membeli telefon nokia 5230 express musicnya. hehe. dan saya membeli sebuah beg galas untuk saya ke kelas. best-best.

kami balik ke rumah dengan menaiki bas dan setelah sampai, aku menghantar zati dan rasyi ke rumah dengan kereta mak.

aahhh. lega.

akhirnya aku dapat merehatkan kaki aku yang nampak gayanya seperti mahu tercabut. haha.

aku seronok dapat keluar dengan mereka, walaupun membeli-belah membuatkan aku bertambah-tambah rindu dengan hippo. aku sudah biasa shopping dengan dia, dan setiap kali shopping hanya akan mengingatkan aku pada kekasih hati aku.

sayang.
saya rindu sangat kat awak.

30 November 2009

aidiladha.

selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam. buat hari raya korban kali ini, belum rezeki lagi untuk kami menjalankan ibadah korban, insyaAllah tahun depan mungkin.

aku bukanlah ulama mahupun ustaz. tetapi, aku ingin berkongsi mengenai aidiladha ini. ianya bukanlah sekadar mengorbankan lembu mahupun kambing. kita juga boleh korbankan segala perangai buruk kita, korbankan harta kita (sedekah) kepada sanak saudara ataupun mereka-mereka yang memerlukan. korban rasa marah, dendam kita. ya. ini bukanlah despesifikasikan pada sesiapa, tetapi juga sebagai pedoman buat diri aku.


sempena aidiladha kali ini. terlalu banyak yang berlaku. aku dan sahabat aku, semakin rapat. aku selalu berperasangka terhadap dia sedangkan dia sentiasa sayang pada aku unconditionally. buat kekasih hati, hippo, tahun ini, pelbagai perkara berlaku pada kita sehingga hubungan kita hampir menjadi korban. berkat kesabaran awak, kematangan awak, kita dapat menempuh waktu-waktu gentir itu.

seperti yang sedia tahu. tuhan itu Maha Adil, dan tiada manusia yang sempurna. sebagus-bagus seseorang itu pasti ada kurangnya, sekaya-kaya seseorang itu ada miskinnya. sekaya-kaya orang, ada kedekutnya walaupun pada keluarga sendiri. bukanlah kedekut mungkin, tetapi berjimat.

walaupun begitu, aku paling tidak boleh terima seorang lelaki yang kurang ajar tutur bahasanya. memaki seorang perempuan, mahupun melempar ayat-ayat yang mengguris hati. aku cukup geram jika seorang kekasih itu melempar ayat makian pada buah hatinya, apatah lagi seorang suami melemparkan ayat-ayat yang mampu menoreh hati isteri sedalam-dalamnya.

bukankah dahulunya sangat mencintai, mengapa sekarang ayat-ayat begitu yang engkau beri?

ahh. dunia.

kalau si cantik yang mencuri. tidak mengapa, keluarganya susah. sebab itu demikian.

jika si jelik.
" ei!!! dah lah hodoh! mencuri pulak tu!! "

yang cantik itu. semuanya baik.

namun, apa yang dilihat, tidaklah seperti apa yang tersirat.
tetapi, masih bukan alasan untuk kita membenci tanpa sempat mengenali.

sesorang itu mungkin cantik, pandai, bersopan-santun. tetapi, mungkin juga dia sangat pentingkan diri, menggunakan rakannya untuk kepentingan, dan kedekut ilmu.

seseorang itu mungkin hodoh, muka berjerawat, dan bermulut busuk. tetapi, dia seorang yang sangat setia kawan, sanggup membantu mereka yang kesusahan dan tidak lepas hari-harinya tanpa solat taubat.

seperti kata-kata dont judge a book by its cover

seperti itulah kita sepatutnya tidak menilai seseorang itu hanya berdasarkan luarannya. berilah peluang pada diri sendiri utamanya untuk menjalinkan persahabatan. mana tahu, dialah sahabat yang kita cari selama ini.

25 November 2009

3 benda jahat.

Work spares us from three evils: boredom, vice, and need.
Voltaire

rumah aku syurga aku. walaupun bersepah. tapi inilah rumah yang telah aku menetap sejak aku berumur 4 tahun. sudah 16 tahun lamanya rumah ini. dari cat putih ke cat hijau ke cat kuning tanah. dari langsir putih, ke langsir biru, ke langsir kuning, ke langsir merun ke langsir ungu, balik ke merun dan akhirnya hijau bosan.

berbelas tahun lamanya pemegang langsir yang setiap kali jatuh kerana langsir berat sangat, atau pun kami bergurau sehingga tertarik langsir, jatuh lagi penegang itu, di skru kembali. akhirnya tahun ini, tahun remaja rumah ini barulah diganti yang baru.

16 tahun. cukup semuanya uzur. dapur yang dibeli semenjak sebelum aku lahir lagi, 20 tahun umurnya pun diganti dengan yang baru. yang lebih mengikut era moden zaman kini.

televisyen dari sebesar almari sehingga senipis 2 keping roti. selama 16 tahun itu jugalah baru sekali pencuri masuk ke rumah ini. itupun kerana kami semua berada di perlis.

berjasanya rumah ini. tersirat kenangan kami adik beradik. bermain di balik langsir, di bawah tangga sehingga terhantuk benjol. bawah tangga. beribu kenangan tersingkap. di situ lah tempat aku berkemah dengan adik adik aku tatkala tiba cuti sekolah.

sofa yang telah rabak juga ditukar. sofa-sofa itulah yang kami adik beradik guna untuk bermain pintar pintas. sebuah rancangan di RTM yang banyak sekali mempengaruhi aktiviti harian kami adik beradik. kami, bukanlah jenis yang bermain di luar rumah. anjing berkeliaran. siapa nak keluar. eee.

almari tv yang dahulunya ada laci. direbut aku adik beradik laci tu. laci tempat menyimpan semua sampah-sampah yang menggembirakan. buku catatan, kain sapu tangan, permainan. seronok pula.

rindunya.

bosan jadi dewasa. bosan dengan masa-masa tak cukup tidur, banyak kerja, dan orang-orang sampah.

oleh itu.
kene juga cari latihan industri dekat dengan rumah. HARUS!!

24 November 2009

kepedulikan?tak consider.

Ignorance and inconsideration are the two great causes of the ruin of mankind. - John Tillotson, 1630-1694

ignorance.inconsideration.
sejauh manakah kita mengambil berat? jika sudah ambil berat pun nampaknya tidak mencukupi bagi pihak itu, perlukah diteruskan? ya kau cerita pasal ini, kau cerita pasal itu. aku naik muak, naik jelak, nak termuntah, nak terlelap mata mendengar luahan yang setiap hari benda yang sama.

aku seorang kawan yang sama sekali sudi meminjam bahu sekiranya kamu ingin menangis, aku rela masa aku dihabiskan oleh kamu jika itu yang akan menenangkan gundah hati kamu, aku rela sama sekali berpenat, bersengkang mata dengan kamu walaupun esok jadual aku penuh dengan kelas dan amali di makmal yang mula seawal-awal kelas dan habis di kala matahari terbenam tanpa rehat, tanpa makan.

setelah esoknya aku sedar. semuanya itu tidak membawa apa-apa. kau masih dengan kemarahan kau, kesedihan kau. kau inginkan kata-kata nasihat dari aku, aku beri, aku perah susu otak aku memberikan segala ayat yang mungkin rasanya dapat menenangkan kau dari hati gundah itu. tapi semuanya sia-sia. yang aku rasa cuma penat, marah dan aku sudah tak mahu peduli.

yang aku lihat, kau kembali mencari semua yang memberi kau gundah itu. untuk apa? hati keji aku kata hanya untuk menyusahkan aku. tiba masanya, aku tidak boleh terima. aku ingin tidur awal, tapi kau mengajak aku mendengar cerita kau, betapa marah dan geram dan sedihnya kau dikhianati. kau kata kau pun sibuk keesokan harinya. nampaknya memang kau tidak perihatin langsung tentang diri aku yang tidak boleh penat kerana bila aku penat, aku hilang mood.

ketidak perihatinan kau, kepentingan diri kau, buat aku tidak mahu ambil peduli pasal kau. peg la mampos.

ini la yang aku sedar yang menghancurkan hubungan baik kita sebelum ini.
kau minta aku dengar semua coretan diari kau hari-hari. semua yang berlaku di kuliah, di kafe. tapi bila aku mula ingin berkongsi betapa gembiranya aku, atau marahnya aku, atau sedihnya aku. ada kau peduli? tidak langsung.

the world doesn't revolves around you lady!! stop thinking that all off what ever happen is all about you. its not. and you need to get the hell out of your comfort zone and listen to what peeps are talking about your selfishness. and still, you come back to me, and whining about how people treat you bad. you should put a mirror on you face!you treat them that way, that is why they treat you the same.

dan

jangan harapkan dia kembali balik pada kau. dia takkan. kau bukanlah hodoh macam kebayan. kau bukanlah bodoh macam lembu. kau pergilah cari mana-mana lelaki yang boleh terima dengan diri kau seadanya. dan tolonglah.
bukan kau seorang saja yang kaya. dan kau tak lah sebergaya mana. lebih kurang mak cik aku kat kampung tu je pakaian kau.

segala barang yang dibeli biarlah dibelanja dengan bernas. tak semua yang mahal itu berkualiti. tak semua di butik itu berkualiti. beg mahal (RM70) kau tu rabak jugak walaupun baru sebulan pakai. berkualiti ke?

handbag bukan untuk diletak buku tebal-tebal berat2 ke kelas. nak belaja, buat cara nak belajar. nak melawa, kau pergi mines tu pakai lah semua baju kau yang bagi kau bergaya sangat tu.

**diam.puas**

maafkan aku mengutuk kau sebegitu rupa. insyaAllah. ini terakhir. minta jangan ada yang membuatkan aku marah lagi pada lau yang bagi aku bukan siapa-siapa.

tersurat.tersirat.

One who understands much displays a greater simplicity of character than one who understands little.
Alexander Chase

aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada.
ampunkan aku tuhan. ampunkan hambamu yang tidak kenal dek untung. aku mencari dan mencari tanpa henti. peluang yang mendatang yang terang tang tang di depan mata, yang terang lagi disuluhkan, yang disuluh lagi di lampukan.

apa puas bagi aku?
aku menghendakkan yang aku ada. aku lagi berusaha membaik yang sememangnya baik.
perfectionist?bukan. jauh sekali.

ok. rilek rilek. aku cuma bercakap tentang blog. aku memang sudah buat satu di wordpress. tapi memandangkan internet yang makin lama makin lembab tahap kura-kura yang lagi ditambah beban cengkerangnya, aku tunduk dengan keringkasan blogger.

maaf blogger kerana membelakangi kamu.

......................

adiputra telah dijemput menjadi jemputan khas rancangan AC?
seperti dijangka aku, penonton studio bertanyakan soalan kira-kira padanya. kira-kira yang melibatkan nombor-nombor besar yang sekiranya di sekolah budak sebayanya baru saja belajar tempat ratus. baru dikenalkan dengan sa pu ra (sa puluh ratus).

orang sebijak adiputra, yang dianugerahkan akal matematik yang hebat dan tak setanding dengan usianya biarlah ditanya dengan soalan yang lebih bernas dari memberi dia soalan seperti

45000000000074 darab 54000000072

apa relevannya soalan itu?
semangnya dia boleh menjawab. dan temuduga rancangan yang lebih ke arah hiburan tidak berapa seiringan untuk diselitkan intelektual kerana di mata aku kelihatannya seperti sama ada penonton memperbodohkan diri sendiri atau adiputra yang terlampau pandai untuk diperbodohkan dengan soalan-soalan itu.

seorang penonton bertanya tentang soalan di atas tadi. adiputra ada menyebut tentang cara cakerawala, kod binari. siapa tahu? aku pun tak tahu. jadi apa relevannya menjemput dia?
didendangkan dia sebuah sajak tentang dia yang diberi anugerah untuk membawa melayu ke puncak, ke arah kegemilangan yang pernah diwarisi tanah melayu semasa zaman pemerintahan sultan MELAYU melaka, tentang manusia yang suka memperbesarkan hal-hal tersurat dari memahami apa yang tersirat. aku terpegun dengar sajak dia. penuh dengan inspirasi yang menyedarkan semua.

tapi

penonton di dalam sana hanya seronok. seronok melihat seorang budak lelaki lingkungan umur sekolah rendah, yang comel dengan jaket hitamnya.gelak dan ketawa. moga sajaknya menjadi inspirasi yang menonton.moga.