Jumaat.
Hari ini bangun lambat gila.
Dah nak pukul 12 baru nak bangun. kenapa?
Sebab tengok angah masih tidur, jadi aku pun tidur lagi.
Bajet ni contest tidur. hahahaha.
Bangun-bangun je hari ini baru ingat nak tulis di wordpress, adik pula mengomel.
Bising-bising tentang baju melayu dia yang sangat berkedut dan tidak digosok lagi. hayok!
Jadi sebagai seorang kakak kenelah kita menggosok bajunya.
Yang pelik, sebelum ni dia tidak pernah pun peduli jika bajunya kotor, atau busuk atau berkedut.
Sekarang, pelbagai ragam yang kerap dia timbulkan di rumah ini.
Tapi, itulah dia, anak last. Dia buat macam mana pun, kami masih akan memanjakan dia. hehe.
Hari ini terlihat Rumet punye post shout out di Facebook.
Tiba-tiba terasa menyampah pula.
Teringat masa-masa dia asyik bercerita mengenai projek akhir tahun dia.
Ianya tentang tablet. hmm. Susah hendak cakap apa sebenarnya projek ini kerana aku sendiri pun bukan mengambil course yang diambil dia itu.
Ahh. More about her later k.
0 pandangan:
Post a Comment