06 December 2009

5 disember 2009.

aku keluar bersama my-biatch ke kolelumpo. perjalan yang 98 peratus menggunakan kenderaan awam kecuali perjalanan kami ke ktm seremban dan perjalanan pulang ke rumah semula.

pada awalnya, aku malas nak pergi memandangkan aku ingin berjimat. tetapi bila ramai yang nampaknya menyertai, well, what the heck. ikut saja. mungkin seronok. hehe.

ternyata.

kami berkumpul di ktm dan kemudiannya bergerak terus ke kl sentral. di dalam komuter, kami didatangi dengan seorang perempuan yang kurus dan sebelah matanya aku andaikan tidak dapat melihat. dia sepertinya meminta sedekah pada kami. meminta kami belanjanya makan atau memberinya rm5. kata dia, ' rm5 pun jadilah kak'. kamu hanya kaku di situ. 2 rakan aku hanya buat tak tahu memandangkan dia hanya pandang aku, dan nick.

nick hanya mampu kata yang kami ini cuma pelajar dan tiada duit untuk diberikan padanya. bohong. aku tahu, kami tahu.

' oh. student. ye, tak apa.'

aku juga agak keliru dengan agamanya kerana dari cara dia bercakap, sepertinya dia seorang cina, tetapi dia juga kata insyaAllah. ahh. aku kuatkan hati aku untuk tidak terpedaya dengannya. akhirnya, setelah penjelasan nick, dia pun pergi. mungkin mencari mangsa bantuan seterusnya.

destinasi pertama kami. bukit bintang.
rasyi ingin membeli baju di pavillion. kami pun terus ke kedai yang ingin dituju. wah. baju di sana. memang mahal. tak mampu aku ingin membelinya. cemburu rasanya pada kawan aku yang mendapat duit banyak dari jpa. sangat cemburu. tetapi, mungkin tidak perlu kerana baju-baju di sana, bukanlah taste aku. hehe.

kenapa begitu? harga baju-baju di sana kesemuanya dalam lingkungan harga rm80 ke atas. bagi aku la, sangat mahal untuk harga itu kerana rupanya tidaklah se-gah mana. mungkin kerana jenama harganya begitu. bagi aku, inginkan baju beratus ringgit biarlah nampak seperti beratus ringgit. haha. aku sememangnya bukanlah penggermar barang berjenama. tetapi, aku mahukan sesuatu yang kelihatan cantik di mata walaupun jenamanya cap ayam.selama sejam kami di kedai itu, aku sudah mula menguap kerana terpaksa menunggu rasyi memilih baju yang sesuai yang paling diinginkannya dalam beratus pasang di dalam kedai itu.

kami makan di pizza hut dan singgah sembahyang di surau pavillion.

aku geram dengan pizza hut ini. kau tu bukanlah gerai bodoh-bodoh kat tepi jalan tu. tak boleh ke bagi good food presentation? spegati bolognese dia macam mee spegati, kau gaul-gaulkan dengan sos dia guna tangan. tak sama langsung macam dalam gambar. aku pernah makan di midvalley, foodpresentation dia, memang lebih kurang macam dalam gambar. nasib baik sedap, dan kami memang lapar. kalau tidak, memanglah nak kena dengan aku ni.

kemudian, kami jalan kaki ke pesta komputer di klcc. di sini, dibanjiri dengan lautan manusia yang sepertinya berperang mendapatkan barang yang diingini.

bagi aku.
menakutkan.

mana tak nye. inilah kali pertama aku ke pesta komputer di klcc. aku hanya pernah mendengar bualan orang ramai yang tempatnya akan sangat dipenuhi dengan lautan manusia tetapi aku sungguh sekali tidak menyangka yang ianya sehingga sebegini. haha. booth celcom, digi dan streamyx. kelihatan promoter-promoter mereka mengelilingi booth masing-masing untuk memancing para pembeli untuk membeli broadband talian mereka. ya. kini broadband in. sudah menjadi trend kebanyakannya menggunakan broadband.

aku hanya membeli earphone, pendrive 8g dan 2 hub untuk adik aku dan mak aku. kaki aku semamnya sakit bukan kepalang. aku tidak berdaya hendak berjalan dan aku sangat ingin untuk duduk. tetapi malangnya tiada tempat duduk dan aku terpaksa menunggu kawan-kawan aku membeli belah. rasyi terserempak dengan kawannya, dan kemudiannya dia hilang. aku dengan zati, bersama membeli keperluan kami. zati membeli dvd, external dan juga earphone. rasyi dan nick, aku tidak berapa yakin dia beli apa.

kami bertiga berjumpa dengan rasyi di booth nokia di dalam suria klcc. di sini rupanya dia. haish. cadangnya dia ingin membeli express music, namu tiada stock pula di situ. kami pun terus bergerak ke luar tasik untuk merehatkan kaki yang sememangnya sangat sakit.haa.

kami bergambar di sana. dan rakan rasyi juga turut singgah untuk bertegur sapa dengannya. setelah hilang sakit, kami meneruskan perjalan pulang ke seremban. kami balik naik bus di pasar seni. itulah kali pertama aku menaiki bas dua tingkat. tetapi, rasanya, feelnya sama saja dengan menaiki bas biasa.

walaupun penat, aku tidak dapat melelapkan mata kerana di dalam bas menayangkan cerita 2012. wah. sangat menarik ceritanya tetapi aku tak sempat pun nak tengok sampai habis. dem!!

kami singgah masuk ke terminal one. di sini, rasyi membeli telefon nokia 5230 express musicnya. hehe. dan saya membeli sebuah beg galas untuk saya ke kelas. best-best.

kami balik ke rumah dengan menaiki bas dan setelah sampai, aku menghantar zati dan rasyi ke rumah dengan kereta mak.

aahhh. lega.

akhirnya aku dapat merehatkan kaki aku yang nampak gayanya seperti mahu tercabut. haha.

aku seronok dapat keluar dengan mereka, walaupun membeli-belah membuatkan aku bertambah-tambah rindu dengan hippo. aku sudah biasa shopping dengan dia, dan setiap kali shopping hanya akan mengingatkan aku pada kekasih hati aku.

sayang.
saya rindu sangat kat awak.

0 pandangan:

Post a Comment