10 December 2009

result sudah mari.

aku sangat bersyukur hari ini. walaupun aku memulakan ia dengan perasaan sangat takut, sangat gementar. aku even tutup mata kerana takut untuk melihat kenyataan yang bakal terpampang depan mata.

alhamdulillah.

keputusan aku masih seperti dulu. sekali gus menaikkan pointer aku. walaupun aku tidak bangun dari awal sem, aku ingin terus bangun dengan saki baki yang tinggal ini.

aku gembira melihat ayah senyum. mak pun ketawa. aku bahagia melihat muka mereka yang tidak kecewa dengan keputusan aku.

aku luruskan niat aku. aku belajar kerana Allah, pencipta yang maha Esa. aku berusaha sekuat-kuat tulang empat kerat aku, aku gadaikan masa seronok aku bersama rakan-rakan, aku bersengkang mata tengah malam untuk mak dan ayah. aku tidak mahu mereka kecewa dengan aku. aku harapan mereka. aku tempat mereka bergantung kelak. insyaAllah. aku akan tunaikan tanggungjawab aku.

aku sangat-sangat berterima kasih kepada hippo, tanpa henti memberi bantuan, sokongan moral, fizikal dan kewangan kepada aku di saat aku tersangat-sangat memerlukannya. awak sentiasa menghulurkan bantuan di saat saya sangat perlukan, dan di masa saya tidak memerlukan.hidup saya di sana lebih senang, lebih gembira dengan adanya awak sayang.

terima kasih banyak-banyak. terima kasih berjuta sayangg.

untuk bell. terima kasih kerana sudi menerima aku menjadi kawan baik. walaupun mereka yang lain mempunyai beratus kawan, alhamdulillah, hanya dengan engkau seorang dapat menggantikan yang beribu yang aku tiada. kau sanggup membuang masa kau mengajar aku walaupun aku dan kau tahu betapa berharga bak emas masa itu buat kau. terima kasih kerana memahami aku, memahami cara aku dan kehendak aku. aku sayang kau, bell.

tiada kata yang dapat mengungkap betapa gembiranya aku dengan keputusan kali ini. moga-moga aku dapat tamatkan pelajaran dengan pointer 3 atas.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.



0 pandangan:

Post a Comment